1. Permohonan

1.1 Untuk mendapatkan Kad Muafakat Johor, pemohon mesti melengkapkan Borang Permohonan Kad Muafakat Johor secara atas talian.

1.2 Penerimaan Kad Muafakat Johor akan dikira sebagai persetujuan Pemegang Kad terhadap terma dan syarat yang ditetapkan untuk penggunaan Kad Muafakat Johor tersebut.

1.3 Kad Muafakat Johor adalah hak milik kekal Perbadanan Pengangkutan Awam Negeri Johor (“PAJ”) pada setiap masa dan penggunaannya adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh PAJ.

2. Syarat Penggunaan

2.1 Penggunaan pertama Kad Muafakat Johor ini merupakan penerimaan Pemegang Kad akan terma dan syarat yang ditetapkan oleh PAJ

2.2 Pemegang Kad akan dipertanggungjawabkan terhadap penggunaan kemudahan Bas Muafakat Johor dan mesti menggunakan kemudahan Bas Muafakat Johor dengan mengikut prosedur, arahan, garis panduan yang ditentukan oleh PAJ dari semasa ke semasa.

2.3 Pemegang Kad tidak boleh menjual, merosakkan, meminjamkan, memindah milik, mengolah atau mengubah Kad Muafakat Johor.

3. Yuran dan Caj

3.1 Pemegang Kad akan dikenakan yuran sebanyak RM10.00 setahun bagi dewasa, RM 5.00 setahun bagi warga emas (berumur 60 tahun ke atas), orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak sekolah berumur 7-17 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah pada kali pertama Kad Muafakat diterbitkan dan pada mana-mana terbitan yang seterusnya atau pada waktu penggantian Kad Muafakat Johor diadakan.

3.2 Kad yang telah Tamat Tempoh - Semua Kad yang diterbitkan hanya boleh digunakan dalam tempoh setahun dan hendaklah diperbaharui selepas tempoh tersebut dengan yuran sebanyak RM10.00 setahun bagi dewasa, RM 5.00 setahun bagi warga emas (berumur 60 tahun ke atas), orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak sekolah berumur 7-17 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

4. Pemberitahuan Mengenai Kecurian, Kehilangan & Penggantian Kad Muafakat Johor

4.1 Setelah mendapat makluman mengenai kehilangan atau kecurian Kad Muafakat Johor, Kad tersebut boleh diganti dengan kad yang lain dengan bayaran sebanyak RM10.00 setahun bagi dewasa, RM 5.00 setahun bagi warga emas (berumur 60 tahun ke atas), orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak sekolah berumur 7-17 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

4.2 PAJ tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan Kad Muafakat Johor gantian kepada Pemegang Kad untuk Kad Muafakat Johor yang telah hilang atau dicuri.

5. Prosedur Penamatan

5.1 Tiada bayaran balik sekiranya pengguna ingin menamatkan penggunaan perkhidmatan Kad Muafakat Johor.

5.2 Penamatan Penggunaan Kad Muafakat Johor boleh ditamatkan oleh PAJ berdasarkan kepada keputusannya sekira:

a) Pemegang kad tersebut tidak mematuhi sebarang terma dan syarat yang terkandung di sini;

b) Kad Muafakat Johor tersebut dilaporkan hilang atau dicuri;

c ) Hak Pemegang Kad untuk menggunakan Kad Muafakat Johor menjadi tidak sah sepertimana yang terkandung dalam perjanjian ini;

d) Sistem Kad Muafakat Johor oleh PAJ gagal berfungsi, telah bertukar, dipertingkatkan, naik taraf ataupun telah diubahsuai;

e)  Akaun Pemegang Kad tidak aktif; atau

f )  Kad Muafakat Johor telah ditamatkan  atas sebarang sebab dan sebagainya.

6. Pertukaran Terma dan Syarat

PAJ berhak mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa.

7. Notis-notis

Semua notis yang diberi oleh Pemegang Kad kepada PAJ harus mematuhi Terma dan Syarat Ahli Kad.

8. Pendedahan Maklumat Pemegang Kad

Pengguna dengan ini memberi kuasa kepada PAJ untuk mendedahkan sebarang maklumat mengenai Pemegang Kad kepada pihak-pihak tertentu bagi memudahkan urusan operasi Perbadanan Pengangkutan Awam Negeri Johor (PAJ).

9. Notis Penolak Tuntutan

PAJ tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan terhadap barang-barang yang berharga atau barang lain samada hilang atau rosak kerana perbuatan lalai, ingkar atau jenayah sewaktu penggunaan Kad Muafakat Johor.

Kembali